9 Jun 2017 - 17:46
Kemusnahan Kumpulan Pengganas Takfiri Adalah Sesuatu Yang Pasti: Iran

Kementerian Luar Negara Iran mengecam keras serangan berdarah pengganas di wilayah Babil dan Karbala sambil menyatakan keyakinan mereka bahawa pengganas Takfiri akan menghadapi kekalahan yang pasti.

Agensi Berita Ahlul Bait - Kementerian Luar Negara Iran mengecam keras serangan berdarah pengganas di wilayah Babil dan Karbala sambil menyatakan keyakinan mereka bahawa pengganas Takfiri akan menghadapi kekalahan yang pasti.

"Kekalahan yang teruk dan berterusan kumpulan pengganas Takfiri di Iraq dan Syria telah menyebabkan kehancuran ideologi dan organisasi mereka," kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Qassemi.

Di dalam usaha sia-sia mereka untuk menaikkan moral pejuang upahan mereka di Syria dan Iraq, kumpulan pengganas Takfiri memilih untuk menyerang secara membabi-buta di seluruh rantau dan dunia, tambahnya.

"Akan tetapi, kehancuran dan kemusnahan mereka adalah pasti," kata jurucakap itu.

Qassemi turut menggesa para pegawai di rantau itu dan juga di seluruh dunia untuk kekal cekal di dalam menangani kumpulan pengganas Takfiri sambil memberi amaran bahawa keganasan dalam sebarang bentuk akan kekal sebagai ancaman global jikalau proses memerangi mereka tidak mengambil kira aspek ideologi dan kewangan mereka.

"Seperti kebiasaan, Republik Islam Iran bertekad untuk bersama-sama dengan negara-negara serantau di dalam kempen memerangi keganasan mereka yang tidak kenal jemu dan lelah," katanya. -ABNA24

/315